Username Password Remember Me

 
  Juara Adiwira Malaysia 2009
 
Kapten Chicken Muncul di Restoran Seri Melayu?
2009-11-03 14:21:59

Pada 5 Oktober 2009 lalu, bertempat di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur. Satu majlis yang cukup meriah telah diadakan bagi mengumumkan pemenang-pemenang Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009.

Peraduan ini telah dianjurkan oleh Dream Chorus Sdn Bhd melalui laman web yang terkini www.gundu.com.my dengan kerjasama Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKomik) dan mendapat sokongan penuh oleh Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC).

Pada tahun ini, superhero Kapten Chicken yang dicipta oleh Mohd Fahmi Bakar telah memenangi tempat pertama dalam peraduan mencari superhero-superhero Malaysia. Tempat kedua pula di menangi oleh Irwan Hidayat Anuar dengan superhero ciptaannya, Taring Keramat. Superhero Topeng Sakti ciptaan Mohd Nor Basar telah menduduki tempat ketiga.

Bagi pemenang-pemenang tempat ke empat hingga ke lapan, mereka telah menerima Angerah Merit Pengadil sebagai saguhati penyertaan mereka dalam Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009.

Anugerah Merit Pengadil ini telah dihadiahkan kepada Mohd Hairy Baharum dengan Bayang sebagai superheronya, superhero Defender Z ciptaan Mohd Nor Basar, superhero Amok ciptaan Ahmad Syajaril Mohd Radzi, superhero Purnama Malam ciptaan Nursyafawati Norhisham, dan superhero Mas Selamat ciptaan Noramin Mohamad Daud.

Pemenang-pemenang Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009 ini telah menerima wang tunai, plak penghargaan, dan sijil penghargaan.

InsyaAllah, pencarian superhero-superhero Malaysia yang baru akan kembali pada tahun hadapan dengan lebih ramai penyertaan dan lebih banyak hadiah bakal dimenangi.

Teruskan perjuangan membela penggiat-penggiat komik dan kartun tanahair. 


 




 
  Featured Story - More
 
Music Variety
Nobody were interested to exchange tapes with the collection that I had -- soundtracks from the movie Grease, My Fair Lady, The Sound Of Music, ..
Read More »
Pemenang Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009
Anda pasti tertunggu-tunggu siapakah yang telah menjuarai peraduan Adiwira ini dan menjadi Adiwira terulung bagi tahun ini!
Read More »
Woodstock 1969
Woodstock is a reminder that inside each of us is the instinct for building a decent, loving community, the kind we all wish for
Read More »





    Event Calendar  





About Us | Career | Guidelines | FAQ | Terms and Condition | Privacy Policy | Contact Us
© 2008 Gundu.com.my. All Rights Reserved.