Username Password Remember Me

 
  Lirik Dan Lagu
 
Mari tulis lirik!
2009-07-13 14:34:06

Dalam sesebuah lagu pop, lirik sangatlah penting. Lirik dalam sesebuah lagu bolehlah kita samakan dengan puisi. Sedangkan dalam dunia puisi pun, ada jenis puisi yang dinamakan lirik iaitu puisi-puisi yang mengutamakan unsur muzik dalam gaya pengucapannya. Dari segi bahasa, lirik berasal dari perkataan Yunani lyrikos yang bermaksud bersangkutpaut dengan lyra (ataupun dalam Bahasa Inggerisnya lyre), sejenis alat muzik bertali.  

Dalam mencipta lirik, keserasiannya dengan muzik amatlah penting. Perlu ada hubungkait antara isi dan gaya nyanyian, antara makna dan bunyi. Penyampai-penyampai (dalam konteks ini, penyanyi) mampu memberikan kesan dan gema yang mendalam walaupun lirik bersifat pendek dan simple (mudah). Tema-tema biasa, lazimnya perasaan-perasaan sejagat seperti cinta, kehilangan, kemarahan, kegembiraan atau kekeliruan eksistensial akan berbunyi dengan penuh bergema lagi mendalam sekiranya ia disampaikan dengan segar, padat dan berahi. Integriti makna dan muzik perlu seiring di dalam penyampaian mesej-mesej ataupun tema-tema lagu. 

Perkara pertama yang harus diambilkira ialah untuk siapa lagu itu ditulis. Siapa audience. Ini penting kerana penulis akan fokus terhadap sasaran ini semasa menulis lirik. Kita tak boleh menulis lagu-lagu untuk kanak-kanak dengan menggunakan bahasa orang dewasa. Itu tak kena tempat. Kedua, subjek lagu. Idea ataupun mesej yang ingin disampaikan melalui lagu, tak kiralah jika ia lagu cinta atau benci.

Kemudian tuliskan rangkap-rangkap pertama, kedua atau ketiga lagu. Tulis juga bahagian korus. Perlu diingatkan bahawa korus adalah sangat penting, seolah-olah ia satu puncak kepada sebuah cerita. Ia menjadi hubungkait antara idea ataupun cerita yang disampaikan melalui rangkap-rangkap. Lagipun, menulis lirik juga seakan-akan sama dengan menulis sebuah cerita. Rangkap seterusnya menyaksikan penulis menyambung kisah ataupun memberikan penerangan tentang tindakannya.

Jangan terlalu panjang, ini hanya sebuah lagu sepanjang tiga atau empat minit. Bukannya novel! 
   
Lirik yang bagus selalunya lirik yang pendek dan mudah tapi dipenuhi seribu makna. 
 

Lirik yang bagus selalunya lirik yang pendek.


 
  Featured Story - More
 
Tidak Setuju
Disagree kembali dengan menampilkan album To Prevent the Earth from Moving with You yang berada di pasaran pada Julai 2009
Read More »
Cuci Mata@Urbanscapes 2009
“I don’t actually eat kuay teow but seriously I’m eating this kuay teow goreng now. Orgasmically damn good”
Read More »
D.I.Y.
They are called "independent artists" for all the right reasons. One; they are free from the leash of major record labels. Making them, (two;), short of the services that come with being attached to the major record labels.
Read More »





    Event Calendar  





About Us | Career | Guidelines | FAQ | Terms and Condition | Privacy Policy | Contact Us
© 2008 Gundu.com.my. All Rights Reserved.